Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Korea U dakwa uji bom hidrogen

Pengumuman ujian nuklear keenam dibuat selepas gegaran bumi dikesan pemantau AS, Jepun dan Korea S
Sep 04, 2017 | 05:30 AM



SEOUL: Korea Utara mendakwa ia telah menjalankan ujian bom hidrogen yang boleh dipasang dalam peluru berpandu antara benua (ICBM) yang baru, lapor agensi berita Yonhap.



Pengumuman khas, yang disiarkan badan penyiaran negara Korea Utara, berkata Pyongyang menjalankan ujian nuklear keenam beberapa jam selepas gegaran gempa bumi buatan manusia dikesan dekat tapak ujian nuklearnya.



Bom hidrogen yang juga dikenali sebagai peranti thermonuklear, lebih kuat daripada bom atom yang dibangunkan Korea Utara sejauh ini.



Awal daripada itu, gegaran sekuat 6.3 magnitud di Korea Utara dikesan Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) pagi semalam.



Kegiatan seismik itu dikesan berhampiran tapak ujian nuklear terkenal Korea Utara, lokasi sama peranti nuklear keempat diletupkan Januari lalu.



USGS berkata gegaran itu dikesan di permukaan, manakala gempa bumi lazimnya dikesan di bawah tanah.



Kerajaan Jepun membuat kesimpulan bahawa gegaran yang dikesan di Korea Utara itu adalah letupan nuklear, ujian yang keenam dilancarkan Pyongyang sejak 2006.



"Selepas melakukan penilaian data, kami membuat kesimpulan ia ujian nuklear," kata Menteri Luar Jepun Taro Kono ketika menyampaikan taklimat yang disiarkan NHK susulan pertemuan dengan Majlis Keselamatan Kebangsaan Jepun, semalam.



Beliau menambah, kerajaannya merancang mengemukakan bantahan kepada Kedutaan Korea Utara di Beijing.



Kementerian Pertahanan Jepun berkata tiga tentera pesawat tentera sudah dihantar dari pangkalannya di Jepun untuk menjalankan ujian radiasi.



China pula mengutuk keras ujian nuklear itu sambil membidas Pyongyang kerana mengabaikan kritikan antarabangsa terhadap program senjata atom itu.



Korea Utara "telah mengabaikan pembangkang yang meluas di seluruh dunia, sekali lagi menjalankan ujian nuklear. Pemerintah China mengemukakan bantahan dan bidasan yang tegas mengenai perkara ini," kata Kementerian Luar China dalam satu kenyataan di laman webnya.



Pentadbiran Meteorologi Korea pula berkata, gegaran turut dikesan pada 12.36 tengah malam di wilayah Hamgyeong Utara.



Seorang pegawai Pentadbiran Meteorologi Korea memberitahu agensi berita Yonhap bahawa gegaran itu "bukan hanya 9.8 kali lebih kuat daripada ujian nuklear yang dijalankan September lalu, bahkan ia paling kuat".



Ujian nuklear Korea Utara dan siri ujian peluru berpandunya sepanjang tahun ini melanggar resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).



Awal daripada itu, Korea Utara mendakwa bahawa ia berjaya membangunkan senjata nuklear pemusnah lebih hebat dan dalam peringkat pemeriksaan.



Pemimpinnya, Kim Jong-un, dilaporkan memeriksa bom hidrogen yang akan dimuatkan bersama peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) baru.



Agensi berita Korea Utara KCNA pula melaporkan bahawa bom hidrogen dikatakan boleh dilaraskan kepada beberapa ratus kilo tan dan berupaya diletupkan pada ketinggian maksimum.



Kebanyakan komponen yang dicipta sendiri membolehkan Korea Utara membangunkan seberapa banyak senjata nuklear yang ia mahu.



Perbuatan Korea Utara yang terkini jelas akan meningkatkan ketegangan di rantau ini.



Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe semalam berbincang menerusi telefon dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan berkata "memandangkan keadaan yang semakin memuncak dengan Korea Utara, kerjasama rapat antara Amerika, Jepun dan Korea Selatan amat diperlukan.



Menyusuli ujian nuklear itu, agensi berita Yonhap semalam melaporkan bahawa Korea Selatan sedang berbincang mengambil langkah mengerahkan aset strategik ke semenanjung Korea.



Presiden Korea Selatan Moon Jae-In mengadakan mesyuarat tergempar keselamatan negara dan meletakkan pasukan tentera negara itu dalam tahap berwaspada yang tinggi.



Dalam pada itu, Encik Moon juga mahu mengusul sekatan lebih ketat ke atas Korea Utara. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >