Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Korea U garis strategi hadapi Amerika

Jun 19, 2021 | 5:30 AM
08532b7f-2087-468e-819f-9319d8f6c865
-

SEOUL: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, berkata persediaan rapi perlu dilakukan bagi dialog dan konfrontasi dengan Amerika Syarikat, yang kini berada di bawah pimpinan Presiden Joe Biden, lapor media tempatan semalam.

Menurut Agensi Berita Pusat Korea Utara (KCNA), pada sesi pleno jawatankuasa pusat Parti Pekerja Korea yang berlangsung kelmarin, Encik Jong-un menggariskan strategi berkaitan hubungan dengan Washington dan kecenderungan dasar pentadbiran baru Amerika.

Encik Jong-un menekankan peri perlunya bersiap siaga bagi dialog dan konfrontasi, khususnya bersedia sepenuhnya untuk konfrontasi demi melindungi maruah negara itu dan memastikan jaminan keamanan.

Pemimpin Korea Utara itu menggesa tindakan yang tepat dan segera bagi menghadapi situasi semasa yang berubah dengan cepat, termasuk memberi tumpuan untuk memastikan kestabilan di Semenanjung Korea, lapor agensi itu.

Pyongyang sebelum ini menuduh Presiden Biden menggunakan 'dasar keji' dan menyatakan adalah satu kesalahan besar bagi Demokrat veteran itu menyatakan bahawa beliau akan menangani ancaman program nuklear Korea Utara melalui kaedah diplomasi dan tindakan kekerasan. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg