Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Korea U lancar peluru berpandu lepasi Jepun

Oct 05, 2022 | 05:30 AM



SEOUL: Negara bersenjata nuklear, Korea Utara, melepaskan peluru berpandu balistik yang terbang melepasi ruang udara Jepun buat kali pertama dalam tempoh lima tahun semalam, menyebabkan amaran diberi kepada penduduk supaya mencari perlindungan selain penggantungan sementara operasi kereta api di utara Jepun.



Peluru berpandu itu terbang melepasi wilayah Jepun sebelum jatuh ke Lautan Pasifik.



Pihak berkuasa berkata ia tidak menggunakan sebarang langkah pertahanan untuk memusnahkan peluru berpandu itu, yang merupakan yang pertama terbang di atas atau melepasi Jepun sejak 2017.



"Siri tindakan Korea Utara, termasuk pelancaran peluru berpandu balistiknya yang berulang, mengancam keamanan dan keselamatan Jepun, rantau ini, dan masyarakat antarabangsa, dan menimbulkan cabaran serius kepada seluruh masyarakat antarabangsa, termasuk Jepun," kata jurucakap tertinggi kerajaan Jepun, Encik Hirokazu Matsuno, dalam satu sidang akhbar.



Beliau berkata peluru berpandu itu terbang sejauh 4,600 kilometer (km) dan mencapai ketinggian maksimum 1,000km.



Ketua Staf Bersama Korea Selatan (JCS) berkata ia kelihatan seperti peluru berpandu balistik jarak sederhana yang dilancarkan dari wilayah Jagang di Korea Utara.



Korea Utara telah menggunakan wilayah itu untuk melancarkan beberapa ujian baru-baru ini, termasuk beberapa peluru berpandu yang didakwa sebagai "hipersonik."



Ujian itu mendorong syarikat East Japan Railway Co untuk menggantung operasi kereta api di wilayah utara, lapor NHK.



Encik Matsuno berkata tiada laporan kerosakan pesawat atau kapal daripada peluru berpandu itu.



Perdana Menteri Jepun, Encik Fumio Kishida, menggelar tindakan Korea Utara sebagai "biadab", dan kerajaan akan terus mengumpul dan menganalisis maklumat.



Presiden Korea Selatan, Encik Yoon Suk-yeol, menyifatkan ujian itu sebagai "melulu" dan berkata ia akan membawa tindak balas tegas daripada tentera negaranya, sekutu dan masyarakat antarabangsa.



Pelancaran peluru berpandu melepasi Jepun adalah "malang," kata Encik Daniel Kritenbrink, diplomat terkemuka Amerika Syarikat bagi Asia Timur, semasa satu acara dalam talian yang dihos Institut Pengajian Corean-Amerika.



"Kami terbuka kepada diplomasi dengan Korea Utara (tetapi) ia perlu dua pihak untuk memberi respons," katanya.



"Kami akan membiarkan pintu itu terbuka, tetapi kami akan bertindak balas dengan tegas terhadap ancaman yang semakin meningkat ini."



Program peluru berpandu dan senjata nuklear Korea Utara diharamkan oleh resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang telah mengenakan sekatan ke atas negara itu. - Reuters, AFP.




"Siri tindakan Korea Utara, termasuk pelancaran peluru berpandu balistiknya yang berulang, mengancam keamanan dan keselamatan Jepun, rantau ini, dan masyarakat antarabangsa, dan menimbulkan cabaran serius kepada seluruh masyarakat antarabangsa, termasuk Jepun."



- Encik Hirokazu Matsuno, jurucakap tertinggi kerajaan Jepun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >