Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Korea U putuskan hubungan diplomatik dengan M'sia

Mar 20, 2021 | 05:30 AM



SEOUL: Korea Utara telah memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia setelah sebuah mahkamah di Kuala Lumpur memutuskan bahawa seorang lelaki Korea Utara dapat diekstradisi ke Amerika Syarikat untuk menghadapi tuduhan pengubahan wang haram, lapor media negara KCNA semalam.



Kementerian luar Korea Utara juga memperingatkan Washington akan "menghadapi akibatnya", dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh KCNA.



Kementerian luar Malaysia tidak segera memberi respons terhadap permintaan memberi komen.



Kenyataan oleh Korea Utara itu tidak menamakan warganegaranya, tetapi pada awal Mac, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa seorang lelaki Korea Utara, Mun Chol Myong, dapat diekstradisi.



Mun telah ditangkap pada 2019 setelah Amerika Syarikat menuduhnya mengubah wang melalui syarikat tersedia dan mengeluarkan dokumen palsu untuk menyokong penghantaran haram ke Korea Utara. Dia membantah permintaan ekstradisi, dengan alasan bahawa kelakuan itu bermotivasi politik.



Kementerian luar Korea Utara mengatakan ekstradisi itu merupakan "tindakan jahat dan kejahatan besar yang tidak dapat dimaafkan" oleh pihak berkuasa Malaysia, yang telah "menawarkan warganegara kami sebagai korban tindakan bermusuhan Amerika yang bertentangan dengan undang-undang antarabangsa yang diakui".



Tindakan Malaysia telah menghancurkan "seluruh landasan hubungan dua hala berdasarkan penghormatan terhadap kedaulatan," kata kementerian itu.



Hubungan Malaysia yang sangat erat dengan Korea Utara sebelum ini terjejas teruk setelah saudara tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, Kim Jong Nam, terbunuh di sebuah lapangan terbang Kuala Lumpur pada Februari 2017 selepas dua wanita melumur wajahnya dengan ejen saraf VX.



Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyenaraikan VX sebagai senjata pemusnah besar-besaran.



Malaysia menangguhkan operasi kedutaannya pada 2017 setelah sembilan warganegaranya yang ditahan Pyongyang dibebaskan, sebagai pertukaran bagi pembebasan jenazah Kim Jong Nam.



Meskipun Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Dr Mahathir Mohamad berjanji akan membuka semula kedutaan itu, semasa hubungan diplomatik berbaik semula pada 2018, kedutaan tersebut tidak pernah kembali beroperasi.



"Kami memberi amaran terlebih dahulu bahawa Amerika - pemutar belit di sebalik tabir dan penyebab utama kejadian ini - juga akan menghadapi akibat yang sewajarnya," lapor KCNA.



Kelmarin, Setiausaha Negara Amerika Antony Blinken mengatakan bahawa pentadbiran Presiden Joe Biden akan menyelesaikan semakan semula dasar Korea Utara dalam beberapa minggu akan datang dalam perundingan rapat dengan sekutunya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >