Korea U setuju sertai Sukan Olimpik Musim Sejuk di Korea S
Premium
Korea U setuju sertai Sukan Olimpik Musim Sejuk di Korea S
Penyertaan kali ini yang pertama dalam tempoh lapan tahun
Jan 10, 2018 | 5:30 AM

PERTEMUAN DUA KOREA: Encik Ri (kanan) dari Korea Utama bersalaman dengan Encik Cho dari Korea Selatan sebelum memulakan rundingan mereka di Rumah Damai di bahagian Korea Selatan pagi semalam. - Foto REUTERS -
SEOUL: Korea Utara bersetuju, semasa perbincangan dengan Korea Selatan semalam, menghantar satu delegasi pegawai tinggi, atlit dan satu pasukan taekwondo dan artis seni ke Sukan Olimpik Musim Sejuk yang akan datang.
"Pihak Utara bercadang menghantar delegasi peringkat tinggi, delegasi Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan, atlit, penyokong, artis seni, pemerhati, pasukan demonstrasi taekwondo dan wartawan" ke Sukan itu, yang akan diadakan di Pyeongchang, Korea Selatan, bulan depan, kata Naib Menteri Penyatuan Korea Selatan, Encik Chun Hae Sung, kepada wartawan.

