Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Korea Selatan dan Jepun berbeza pendapat tentang cara berdialog dengan Korea Utara

Jun 2, 2018 | 3:00 PM
Menteri Pertahanan Jepun Itsunori Onodera (kiri) berkata Korea Utara tidak harus diberi ganjaran semata-mata jika ia bersetuju mengadakan dialog. Namun, Menteri Pertahanan Korea Selatan Song Young Moo berkatra dialog dengan Korea Utara tidak akan berganjak ke hadapan jika ia ditumpukan kepada perbezaan semata-mata.
Menteri Pertahanan Jepun Itsunori Onodera (kiri) berkata Korea Utara tidak harus diberi ganjaran semata-mata jika ia bersetuju mengadakan dialog. Namun, Menteri Pertahanan Korea Selatan Song Young Moo berkatra dialog dengan Korea Utara tidak akan berganjak ke hadapan jika ia ditumpukan kepada perbezaan semata-mata. - AFP

SINGAPURA: Menteri Pertahanan Jepun Itsunori Onodera berkata pada 2 Jun bahawa adalah penting untuk tidak memberi ganjaran kepada Korea Utara semata-mata kerana ia bersetuju mengadakan dialog.

Lebih daripada itu, Korea Utara perlu mengambil tindakan kukuh untuk menghapuskan semua program nuklear dan peluru berpanduk balistik yang dimilikinya.

Namun, Menteri Pertahanan Korea Selatan Song Young Moo menggesa sokongan bagi mengadakan dialog itu, untuk membantu Korea Utara menyertai masyarakat antarabangsa. Beliau juga berkata tindakan Presiden Korea Utara Kim Jong Un perlu diyakini, walau masih ada yang mencurigainya.

Pandangan berbeza antara dua negara utama pakatan Amerika itu dikongsi menjelang sidang puncak antara Encik Kim dengan presiden Amerika Syarikat Donald Trump di Singapura pada 12 Jun, yang bertujuan membincangkan penghapusan program senjata nuklear Korea Utara.

Bercakap di Dialog Shangri-la di Singapura pada 2 Jun, Encik Onodera berkata Korea Utara pernah memeterai perjanjian untuk menghentikan program nuklear tetapi mengorak langkah untuk mengadakan lebih bayak kegiatan yang teru membangun keupayaan senjata negara itu.

"Dari sudut pandangan ini, adalah penting untuk tidak memberi ganjaran kepada Korea Utara semata-mata kerana ia bersetuju mengadakan perbincangan," kata Onodera.

Keamanan hanya akan berlaku jika Korea Utara mengakhiri program nuklear dan pembangunan peluru berpandu jarak jauh.

Pada 1994 dan 2005, Korea Utara menandatangani perjanjian untuk mengakhiri program senjata nuklear untuk menebus ganjaran diplomatik dan ekonomi yang dijanjikan kepadanya.

Namun, Korea Utara mengadakan ujian nuklear yang pertama daripada enam ujian, pada 2006, mengundang beberapa sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN).

Presiden Korea Selatan Moon Jae In, berkata adalah keutamaan pemerintahannya untuk mengadakan dialog dengan Korea Utara demi menyelesaikan pertikaian berusia berdekad lama dan melahirkan keamanan di Semenanjung Korea.

Bercakap di Dialog Shangri-la, Encik Song berkata, walau beliau akur ada perbezaan jangkaan tentang tahap penghapusan keupayaan nuklear Korea Utara, dialog dengan negara itu perlu menumpu perhatian kepada cara melangkah ke hadapan dan bukan kepada perbezaan.

"Perbuatan terus menyangsikan motif Kim Jong Un akan menjadi adangan kepada kemajuan dan dialog," katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg