Korea Utara gagal lagi uji tembak peluru berpandu Musudan

WASHINGTON: Korea Utara menjalankan pada Khamis (19 Okt) apa yang dipercayai sebagai satu lagi ujian yang gagal peluru berpandu jarak sederhana yang boleh melanda pangkalan Amerika Syarikat sejauh Guam, kata tentera Korea Selatan.

Ia pelancaran gagal kedua dalam masa kurang seminggu peluru berpandu kuat Musudan negara berkuasa nuklear itu.

Namun, beberapa pakar memberi amaran peluru berpandu tersebut mungkin boleh beroperasi seawal tahun depan.

Ujian terakhir Korea Selatan Sabtu lalu dikecam oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang sedang membahaskan ketetapan mengenakan sekatan baru terhadap Pyongyang bagi ujian nuklear kelimanya yang dijaankan bulan lepas.

Analisis oleh pemantau tentera Korea Selatan dan Amerika mencadangkan peluru berpandu dalam ujian terbaru itu meletup sejurus selepas berlepas pada kira-kira 6.30 pagi waktu Pyongyang, kata Ketua Turus Bersama dalam satu kenyataan.

"Tentera kami mengutuk dengan keras tindakan provokatif terlarang berterusan Korea Utara dan bersedia sepenuhnya bagi kemungkinan provokasi selanjutnya," kata kenyataan itu.

Diumumkan kali pertama sebagai peluru berpandu tempatan dalam satu perbarisan tentera di Pyongyang pada Oktober 2010, Musudan mempunyai julat antara 2,500 km dan 4,000km.

Julat rendah bermakna ia boleh melanda seluruh Korea Selatan dan Jepun, manakala julat tinggi termasuk pangkalan tentera Amerika di Guam.

Peluru berpandu itu kini telah diuji lapan kali tahun ini, tetapi berjaya hanya sekali. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:38
Syuruk
7:02
Zuhur
1:09
Asar
4:34
Maghrib
7:14
Isyak
8:29
3 HR PSI: 39
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.