Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Korea Utara lepaskan tembakan meriam dekat perairan Korea Selatan

Oct 19, 2022 | 03:35 PM



SEOUL: Korea Utara melepaskan tembakan meriam  di pantai timur dan barat negara itu lewat Selasa (18 Okt), kata tentera Korea Selatan, selepas Seoul memulakan latihan pertahanan tahunan yang bertujuan meningkatkan keupayaannya untuk bertindak balas terhadap ancaman nuklear dan peluru berpandu dari Utara.


Korea Utara melepaskan kira-kira 100 tembakan ke arah laut di luar pantai baratnya sekitar 10 malam (1300 GMT) dan  150 tembakan lagi di luar pantai timurnya, kata Ketua Turus Bersama Korea Selatan dalam satu kenyataan pada Rabu (19 Okt).


Korea Utara kemudian berkata bahawa tembakan itu dijalankan untuk memberi “amaran tegas” kepada Korea Selatan sebagai tindak balas terhadap tembakan berpuluh-puluh peluru meriam pada Selasa antara 9.55 pagi dengan 5.22 petang.


Staf Jeneral Tentera Rakyat Korea (KPA) berkata “latihan perang Korea Selatan terhadap pihak Utara sedang berlangsung dengan cara terburu-buru”.


“Untuk menghantar amaran serius sekali lagi, ia memastikan unit KPA di bahagian timur dan barat melakukan tembakan amaran yang mengancam ke arah laut timur dan barat pada malam 18 Oktober, sebagai tindakan balas kuat tentera,” menurut satu kenyataan yang dikeluarkan  media pemerintah KCNA. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >