Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koronavirus: 123 kes baru, kematian keempat di Korea Selatan

Feb 23, 2020 | 2:20 PM
12432010-4b87-41ce-9080-87bf9ca24ae0
- Foto fail

SEOUL: Sebanyak 123 lagi kes jangkitan koronavirus disahkan di Korea Selatan manakala pesakit keempat terkorban akibat virus tersebut.

Mengumumkan demikian hari ini (23 Feb), Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KCDC) berkata jumlah kes jangkitan Covid-19 di negara itu kini mencecah 556 kes.

Lebih separuh daripada kes yang baru itu mempunyai kaitan dengan pengunjung Shincheonji Church of Jesus di Daegu selepas seorang wanita berusia 61 tahun yang bersembahyang di gereja itu disahkan dijangkiti virus itu minggu lalu.

Wanita itu tidak keluar negara baru-baru ini. - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg