SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Koronavirus: 334 kes baru di Korea Selatan

Koronavirus: 334 kes baru di Korea Selatan

Feb 27, 2020 | 1:32 PM

Koronavirus: 334 kes baru di Korea Selatan

Kenderaan tentera digunakan untuk membasmi kuman di Daegu, Korea Selatan pada 27 Februari 2020. Foto: AFP
Kenderaan tentera digunakan untuk membasmi kuman di Daegu, Korea Selatan pada 27 Februari 2020. Foto: AFP -

SEOUL: Korea Selatan melaporkan 334 kes jangkitan koronavirus baru pada Khamis (27 Februari), angka terbesar dalam peningkatan kes seharian.

Ini sedang Jabatan Negara Amerika Syarikat mengumumkan amaran baru terhadap perjalanan ke Korea Selatan dan latihan tentera bersepadu juga ditunda.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KCDC) berkata kes-kes baru itu meningkatkan jumlah keseluruhan negara tersebut kepada 1,595.

Angka harian yang dilaporkan pada Khamis (27 Feb) itu merupakan yang tertinggi di Korea Selatan sejak kes pertama yang disahkan pada 20 Januari.

Ia juga telah melaporkan kematian ke-13 dek wabak koronavirus.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg