Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koronavirus: 85 kes baru di M'sia, jumlah terendah sejak kawalan pergerakan

Apr 15, 2020 | 8:12 PM
JUMLAH TERENDAH: Seorang askar dan pegawai polis dilihat pada 15 April 2020, sedang menjaga satu 'zon merah' yang dikepung di Kuala Lumpur. - FOTO: REUTERS.
JUMLAH TERENDAH: Seorang askar dan pegawai polis dilihat pada 15 April 2020, sedang menjaga satu 'zon merah' yang dikepung di Kuala Lumpur. - FOTO: REUTERS. -

KUALA LUMPUR: Malaysia pada Rabu (15 April) melaporkan 85 kes jangkitan koronavirus baru, jumlah terendah sejak kerajaan melaksanakan perintah kawalan pergerakan pada 18 Mac lalu bagi menyekat penularan virus itu.

Ia juga melaporkan satu lagi kematian, menjadikan jumlah pesakit terkorban keseluruhan kepada 83 orang, lapor The Star.

Malaysia yang sebelum ini mempunyai jumlah kes tertinggi di rantau Asia Tenggara namun sudah menjadi negara ketiga di belakang Filipina dan Indonesia, kini mempunyai sebanyak 5,072 kes jangkitan secara keseluruhan.

Seramai 2,647 pesakit telah pulih sejauh ini. Ini bermakna kadar pemulihan bagi pesakit koronavirus di Malaysia adalah 52.2 peratus. - The Star/Asia News Network.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg