BEIJING: China pada Jumaat (17 April) telah menyemak semula jumlah kematian di bandar Wuhan, wilayah Hubei yang kini telah naik lagi 1,000 mangsa kepada 3,689 orang sambil berkata bahawa itu adalah satu tindakan "bertanggungjawab terhadap sejarah, rakyat dan yang telah meninggal dunia."
Sebelum ini, angka kematian di Wuhan adalah 2,679 orang dan China juga telah meningkatkan jumlah kes jangkitan yang disahkan positif kepada 50,333 pesakit, lagi 325 berbanding sebelum ini, lapor The Straits Times.
Ini bermakna, jumlah kematian secara keseluruhan di China adalah 4,600 orang manakala jumlah kes jangkitan yang disahkan positif melebihi 83,000 orang.
Menurut media setempat, pihak berkuasa kesihatan China berkata, keadaan epidemik kini terkawal di Wuhan dan sekatan pergerakan juga telah dilonggarkan.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg