Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koronavirus: Ekonomi Amerika mungkin terjejas, kata Trump

Mar 6, 2020 | 9:59 AM
ATASI KEPRIHATINAN TENTANG WABAK: Presiden Donald Trump menyertai mesyuarat dewan bandar anjuran Fox News di Scranton, Pennsylvania pada 5 Mac 2020.
ATASI KEPRIHATINAN TENTANG WABAK: Presiden Donald Trump menyertai mesyuarat dewan bandar anjuran Fox News di Scranton, Pennsylvania pada 5 Mac 2020. - Foto: AFP

SCRANTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata pada Khamis (5 Mac) bahawa ekonomi negara itu mungkin terjejas daripada wabak koronavirus tetapi beliau meramalkan cabaran itu akan berlalu.

Encik Trump muncul di mesyuarat dewan bandar pertamanya dalam musim pilihan raya 2020, acara yang dianjurkan Fox News Channel di Scranton, Pennsylvania.

Ditanya jika wabak koronavirus itu akan menjejas ekonomi, Encik Trump berkata: "Ini pasti mungkin memberi kesan. Pada masa yang sama, saya harus mengatakan orang kini kekal di Amerika Syarikat, membelanjakan wang mereka di Amerika Syarikat.

"Semua orang perlu tenang. Kami mempunyai rancangan untuk setiap kemungkinan dan saya fikir itulah yang perlu kami lakukan. Kami harap ia tidak akan bertahan terlalu lama." - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg