Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koronavirus: Harga durian Musang King merosot di Penang

Feb 19, 2020 | 4:56 PM
Menurut seorang peniaga durian di Penang, satu kilogram Musang King kini berharga antara RM24 dengan RM33 ($8-$11) berbanding RM55 dahulu. - Foto: Fail.
Menurut seorang peniaga durian di Penang, satu kilogram Musang King kini berharga antara RM24 dengan RM33 ($8-$11) berbanding RM55 dahulu. - Foto: Fail. -

GEORGE TOWN: Harga durian Musang King yang popular telah merosot 20 hingga 50 peratus dengan adanya bekalan durian berlebihan dalam pasaran ekoran penularan koronavirus.

Wabak itu menyebabkan ramai warga Malaysia yang mengelak daripada makan di luar, eksport durian ke China yang berkurangan, serta jumlah pelancong yang merosot, lapor The Straits Times (ST).

Tambahan pula, Malaysia menjangkakan bekalan durian yang lebih pada musim pertengahan tahun dek cuaca baik.

Seorang pedagang durian di Penang, Encik Tan Chee Keat, berkata satu kilogram musang king kini berharga antara RM24 dengan RM33 ($8-$11) berbanding RM55 dahulu.

"Kami sedang menghadapi masa yang amat mencabar kerana wabak Covid-19 ini.

"Tempahan bagi eksport juga telah merosot sebanyak 70 peratus selepas Tahun Baru Cina," ujar beliau sambil menambah bahawa China merupakan pasaran terbesar bagi perniagaan eksportnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg