JAKARTA: Gabenor ibu kota Indonesia, Jakarta, pada Rabu (22 April) berkata beliau akan melanjutkan sekatan sosial berskala besar untuk satu bulan lagi hingga 22 Mei dan juga memastikan penduduk solat di rumah semasa Ramadan untuk mengekang penyebaran koronavirus. "Ramadan tahun ini akan berbeza. Biasanya kita solat di masjid, tetapi tahun ini kita akan duduk di rumah," kata Gabenor Anies Baswedan di sidang media yang disiarkan dalam talian. Ramadan dijangka bermula pada Jumaat di negara dengan penduduk Islam paling ramai di dunia itu. Sedang Jakarta belum melaksanakan sekatan penuh, Encik Baswedan berkata beliau akan meningkatkan penguatkuasaan terhadap sekatan yang diumumkan, termasuk mengehadkan perhimpunan orang ramai. - Reuters.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg