Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Dunia

Koronavirus: Kenaikan besar kes di Korea Selatan dikaitkan dengan gereja kultus

Feb 20, 2020 | 03:05 PM

SEOUL: Angka jangkitan daripada sebuah kelompok jangkitan koronavirus yang dikaitkan dengan gereja kultus di kota Daegu, Korea Selatan telah meningkat kepada 39 kes pada Khamis (20 Februari).

Ini merupakan hari kedua Korea Selatan menyaksikan jumlah jangkitan yang naik.

Hingga Selasa (18 Feb), negara tersebut hanya mempunyai 31 pesakit koronavirus namun kini, ia mengesahkan jumlah keseluruhan sebanyak 82 kes. 

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KCDC) dalam satu kenyataan, sebanyak 31 kes jangkitan baru di serata negara telah disahkan dan antara mereka, 23 mempunyai hubungan dengan kelompok gereja kultus itu.

Sejauh ini, hampir setengah pesakit di Korea Selatan mempunyai hubungan jangkitan dengan seorang wanita berusia 61 tahun yang merupakan seorang ahli Shincheonji Church of Jesus di cawangan Daegu-nya, yang sering dianggap sebagai kultus. - AFP.