Koronavirus: Ketiadaan kes di Indonesia timbulkan persoalan
Premium
Koronavirus: Ketiadaan kes di Indonesia timbulkan persoalan
Feb 9, 2020 | 1:03 PM
DIKUARANTIN DI RIAU: Warga Indonesia yang diterbang pulang dari Wuhan bermain bola sementara dikuarantin di sebuah pangkalan udara di Riau pada 4 Februari lalu. -
SEDANG koronavirus baru berasal dari Wuhan merebak untuk menjangkiti sekurang-kurangnya 320 orang di lebih 27 negara di luar China, Indonesia pula belum mengesahkan satu kes pun, menimbulkan persoalan mengenai kesediaannya menangani penyakit itu.
Pengamal penjagaan kesihatan Indonesia memberitahu The Sunday Times mereka tidak menafikan kemungkinan virus itu mungkin telah memasuki Indonesia, tetapi sejauh ini masih belum dilaporkan atau dikesan dalam kalangan 260 juta penduduk negara itu.

