Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koronavirus: Ketua gereja kultus Korea Selatan sesali 'malapetaka besar'

Mar 2, 2020 | 8:10 PM
SESAL: Pengasas dan ketua gereja Shincheonji Church of Jesus, Lee Man-hee merendahkan dirinya sambil menunduk kepala sebanyak dua kali kepada wartawan untuk meminta maaf sewaktu sidang media yang diadakan di villanya di Gapyeong, Korea Selatan pada 2 Mac 2020. Foto: EPA-EFE
SESAL: Pengasas dan ketua gereja Shincheonji Church of Jesus, Lee Man-hee merendahkan dirinya sambil menunduk kepala sebanyak dua kali kepada wartawan untuk meminta maaf sewaktu sidang media yang diadakan di villanya di Gapyeong, Korea Selatan pada 2 Mac 2020. Foto: EPA-EFE -

GAPYEONG - Pengasas gereja yang merupakan satu pusat penularan koronavirus di Korea Selatan telah meminta maaf pada Isnin (2 Mac) setelah seorang pengikut gereja itu disifatkan punca lebih ramai orang dijangkiti di negara itu.

Seorang pengikut Gereja Shincheonji Church of Jesus, yang dinamakan 'pesakit 31,' dikesan dijangkiti Covid-19 pada peringkat awal penularan koronavirus itu di sana. Keadaan itu mencetus kemarahan penduduk di Korea, di mana gereja itu juga dianggap sebagai kultus.

Ketua gereja tersebut, Encik Lee Man-hee yang juga telah menggelar dirinya sebagai mesias menggelar wabak virus itu sebagai 'malapetaka besar,' sambil memberitahu wartawan di sidang akhbar di luar gereja, bahawa pihaknya telah cuba untuk mencegah jangkitan virus itu antara pengikutnya namun tidak berjaya.

"Saya amat berterima kasih, tetapi saya ingin meminta maaf kerana saya tidak fikir ini akan terjadi, walau dalam mimpi pun," katanya sambil menunduk malu.

Korea Selatan kini telah melaporkan 559 kes baru pada Isnin, menyebabkan jumlah keseluruhan setempat naik kepada 4,335 dan 26 orang telah terkorban sejauh ini. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg