Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koronavirus: Korban di China lepasi 1,000; jumlah kes lebih 42,000

Feb 11, 2020 | 7:59 AM
RAWAT PESAKIT: Kakitangan perubatan mengurus seorang pesakit koronavirus di sebuah hospital di Wuhan pada 6 Februari lalu.
RAWAT PESAKIT: Kakitangan perubatan mengurus seorang pesakit koronavirus di sebuah hospital di Wuhan pada 6 Februari lalu. - FOTO: REUTERS

SHANGHAI: Jumlah kematian daripada wabak koronavirus di China melonjak kepada 1,011 pada Selasa (11 Februari) selepas wilayah Hubei yang paling teruk terjejas melaporkan lagi 103 orang yang terkorban.

Dalam laporan hariannya, suruhanjaya kesihatan Hubei mengesahkan lagi 2,097 kes baru virus yang mula menular di wilayah tengah China itu. Wilayah itu kini telah mengesahkan sejumlah 31,728 kes dengan 974 kematian sehingga Isnin (10 Februari), iaitu kadar kematian sebanyak 3.07 peratus.

Kini terdapat lebih 42,200 kes yang disahkan di seluruh China berdasarkan perangkaan yang dikeluarkan pemerintah sebelum ini. - AFP, Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg