Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koronavirus: Korban di Hubei kini 1,310 setelah pegawai perluas definisi kes

Feb 13, 2020 | 9:08 AM
Seorang pekerja perubatan menolak seorang pesakit berkerusi road di sebuah hospital di Wuhan, China pada 10 Februari 2020.
Seorang pekerja perubatan menolak seorang pesakit berkerusi road di sebuah hospital di Wuhan, China pada 10 Februari 2020. - FOTO: REUTERS

BEIJING: Jumlah kematian daripada wabak koronavirus di wilayah Hubei di tengah China naik sebanyak 242 kepada 1,310 pada Rabu (12 Februari), kata suruhanjaya kesihatan wilayah itu di laman webnya pada hari Khamis (13 Februari).

Sebanyak 14,840 kes lagi telah dikesan di Hubei, pusat wabak itu, menjadikan jumlah di wilayah itu kepada 48,206.

Angka itu melonjak sedang pegawai tempatan berkata mereka memperluas definisi mereka untuk kes-kes tersebut.

Suruhanjaya itu berkata ia telah mula mengambil kira kes yang disahkan melalui kaedah klinikal baru bermula Khamis.

Langkah itu adalah untuk "membolehkan pesakit menerima rawatan standard sebagai kes jangkitan secepat mungkin", kata suruhanjaya tersebut.

Suruhanjaya itu berkata langkah itu berdasarkan garis panduan yang diterbitkan oleh Suruhanjaya Kesihatan Nasional dan Pentadbiran Perubatan Tradisional Cina Nasional. - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg