Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koronavirus: Korea Selatan adakan pilihan raya, dikawal langkah keselamatan ketat

Apr 15, 2020 | 4:52 PM
LANGKAH KESELAMATAN KETAT: Semua pengundi harus memakai pelitup, sarung tangan pelastik, diperiksa suhu badan dan beratur sambil mematuhi jarak selamat sejauh 1 meter ketika di stesen pengundian. - FOTO: AFP
LANGKAH KESELAMATAN KETAT: Semua pengundi harus memakai pelitup, sarung tangan pelastik, diperiksa suhu badan dan beratur sambil mematuhi jarak selamat sejauh 1 meter ketika di stesen pengundian. - FOTO: AFP -

SEOUL: Penduduk Korea Selatan telah mula mengunjungi pusat pengundian pada Rabu (15 April) untuk mengundi calon ahli parlimen namun harus melaksanakannya di bawah garis panduan keselamatan yang ketat.

Sekitar 14,000 pusat pengundian dibuka pada 6 pagi (5 pagi waktu Singapura) di serata negara itu setelah usaha pembasmian kuman dijalankan dalam latihan pilihan raya pertama di serata dunia yang diadakan sewaktu pandemik koronavirus ini.

Pengundi harus memakai pelitup dan diperiksa suhu badan masing-masing setibanya mereka di stesen pengundian itu. Bagi mereka yang mempunyai suhu badan melebihi 37.5 darjah selsius akan disuruh mengundi di satu pusat pengundi khas.

Mereka juga harus membersihkan tangan dengan menggunakan cecair pembasmi kuman dan memakai sarung tangan plastik ketika mengundi dan memastikan jarak selamat sejauh 1 meter antara pengundi lain. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg