Koronavirus: Kuwait keluarkan fatwa gantung sementara khutbah dan solat Jumaat
Koronavirus: Kuwait keluarkan fatwa gantung sementara khutbah dan solat Jumaat
Mar 14, 2020 | 6:00 PM
AMBIL LANGKAH PENCEGAHAN: Seorang penjual daging (kanan) di pasar Mubarikiya di Kuwait City memakai pelitup apabila duduk di luar kedainya. - REUTERS
KUWAIT CITY: Kerajaan negara itu telah mengeluarkan fatwa untuk menggantung buat sementara khutbah dan solat Jumaat, sebahagian langkah mengekang penularan koronavirus.
Penularan koronavirus itu, yang juga dikenali sebagai Covid-19 telah diisytiharkan sebagai satu pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Mengumumkan perkembangan itu di Twitter, Kementerian Awqaf dan Ehwal Islam berkata:
"Setiap orang harus solat di rumah."
Menteri Kesihatan Dr Basil Al Sabah, ditukil media setempat sebagai berkata bahawa adalah tidak dibenarkan untuk pergi ke masjid untuk mengadakan solat Jumaat dalam keadaan sebegitu.

