Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koronavirus: Lima warga Singapura antara yang dikuarantin atas kapal di Yokohama

Feb 7, 2020 | 3:05 PM
Pekerja menggunakan pakaian pelindung berdekatan kapal pelayaran Diamond Princess di Terminal Pelayaran Daikoku Pier di Yokohama, Jepun. FOTO: REUTERS
Pekerja menggunakan pakaian pelindung berdekatan kapal pelayaran Diamond Princess di Terminal Pelayaran Daikoku Pier di Yokohama, Jepun. FOTO: REUTERS -

LIMA warga Singapura merupakan antara mereka yang di atas kapal persiaran yang dikuarantin di perairan Yokohama.

Jumlah penumpang yang disahkan dijangkiti koronavirus baru melonjak kepada 61 orang hari ini (Jumaat, 7 Feb).

Menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA), kesemua lima warga Singapura itu berkata mereka berada dalam keadaan sihat dan Kedutaan Singapura di Tokyo sedang berhubung dengan mereka untuk memberikan bantuan konsular, lapor The Straits Times.

Penumpang kapal persiaran Diamond Princess itu, yang membawa 2,666 tetamu dan 1,045 anak kapal, kini berada di hari ketiga dari kuarantin 14 hari.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg