SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Koronavirus: Malaysia pantau mereka berkait dengan acara tabligh Masjid Sri Petaling

Koronavirus: Malaysia pantau mereka berkait dengan acara tabligh Masjid Sri Petaling

Mar 13, 2020 | 5:42 PM

Koronavirus: Malaysia pantau mereka berkait dengan acara tabligh Masjid Sri Petaling

PEMANTAUAN RAPAT: Pasukan kementerian kesihatan Malaysia kini menerima kerjasama oleh semua pihak untuk menjalankan pemantauan besar bagi mereka yang terlibat dalam acara tabligh. Foto: NOOR HISHAM ABDULLAH/FACEBOOK.
PEMANTAUAN RAPAT: Pasukan kementerian kesihatan Malaysia kini menerima kerjasama oleh semua pihak untuk menjalankan pemantauan besar bagi mereka yang terlibat dalam acara tabligh. Foto: NOOR HISHAM ABDULLAH/FACEBOOK. -

KUALA LUMPUR: Kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia telah berusaha menjalankan pemantauan besar-besaran di Masjid Sri Petaling sejak dua hari lalu selepas seorang peserta acara tabligh yang diadakan di Kuala Lumpur itu disahkan positif menghidap virus Covid-19, lapor agensi berita Malaysia.

Ketua pengarah kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengatakan bahawa pasukan kementerian beliau telah menerima kerjasama dari semua pihak, termasuk peserta, kakitangan dan pelajar yang terlibat dalam acara tabligh itu.

"Pegawai kesihatan kami dari Lembah Pantai disokongi staf yang dikerah dari lain negeri untuk mengenal pasti serta menjejak kesemua peserta," katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Jumaat (13 Mac).

"Ini merupakan usaha yang amat besar dan mencabar, tetapi kita harus bersiap sedia untuk berkongsi tanggungjawab ini supaya semua orang dapat melindungi diri sendiri serta masyarakat masing-masing," tambahnya. - The Star/Asia News Network

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg