Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koronavirus: Pekerja M'sia pulang dari S'pura tidak dibenarkan kuarantin sendiri lagi

Apr 24, 2020 | 4:56 PM
Jabatan kesihatan negeri Johor telah menyiapkan tatalaku baru untuk mereka yang pulang ke tanah air dari Singapura. - FOTO: ALPHONSUS CHERN
Jabatan kesihatan negeri Johor telah menyiapkan tatalaku baru untuk mereka yang pulang ke tanah air dari Singapura. - FOTO: ALPHONSUS CHERN -

JOHOR BARU: Warga Malaysia yang pulang ke tanah air dari Singapura tidak akan dibenarkan berkuarantin di rumah lagi sedang jumlah kes di Republik itu telah meningkat mendadak.

Pengerusi jawatan kuasa sekitaran dan kesihatan Johor, Encik R. Vidyananthan berkata, jabatan kesihatan negeri telah menyiapkan tatalaku baru untuk mereka yang pulang ke Malaysia menerusi Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar di Causeway dan juga menerusi Kompleks CIQ Sultan Abu Bakar di Second Link, Tuas, lapor The Star.

"Ujian Covid-19 di Singapura tidak akan diterima dan mereka yang diuji negatif tidak akan dibenarkan kuarantin di rumah lagi," katanya.

"Warga Malaysia, penduduk tetap dan pemegang pas jangka panjang yang memasuki negara ini harus diperiksa suhu badan mereka sewaktu masuk," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat (24 April).

Jelas beliau, meskipun mereka tidak demam, dan bukan individu yang di bawah siasatan atau dipantau, namun, mereka masih harus melalui pemeriksaan kesihatan. - The Star/Asia News Network.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg