Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koronavirus: Pesta mekar sakura dibatalkan di Jepun

Feb 29, 2020 | 3:25 PM
Para pengunjung menikmati keindahan bunga sakura yang mekar di Taman Ueno di Tokyo pada 31 Mac tahun lalu.
Para pengunjung menikmati keindahan bunga sakura yang mekar di Taman Ueno di Tokyo pada 31 Mac tahun lalu. - AFP

TOKYO - Pesta mekar bunga sakura atau 'cherry blossom' di Jepun telah dibatalkan ekoran wabak koronavirus Covid-19 yang membawa maut.

Ini adalah antara acara terkini yang terpaksa dibatalkan disebabkan penularan wabak itu ke merata dunia.

Sambutan musim bunga tradisional di Tokyo dan Osaka, yang menarik jutaan orang yang mahu melihat bunga putih dan merah jambu itu, tidak akan diteruskan sebagaimana dijadualkan pada April.

"Kami secara ikhlas memohon maaf kepada mereka yang ghairah untuk menyaksikannya..tetapi mohon faham keadaan ini," ujar Japan Mint di Osaka semalam.

Acara mekar bunga sakura lain yang dinantikan oleh pelancong dan penduduk setempat, dijangka mengikut langkah sama, menurut media tempatan.

Pembatalan itu dibuat sedang pihak berkuasa meningkatkan usaha menangani penularan koronavirus di Jepun, yang telah melaporkan lebih 230 kes jangkitan dan lima kematian. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg