ISKANDAR PUTERI: Rakyat Malaysia dan warga asing yang memasuki negara itu melalui Johor masih perlu dikuarantin, meskipun semas perintah kawalan pergerakan (PKP) bersyarat.
Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad berkata negeri itu menyokong sepenuhnya PKP bersyarat tetapi ia perlu memastikan keselamatan di sempadannya.
"Rakyat Malaysia, serta warga asing yang kembali ke negara ini masih perlu dikuarantin di pusat-pusat yang disediakan kerajaan negeri.
"Kami mempunyai bilangan pusat yang memadai untuk menempatkan mereka yang pulang dari luar negeri," kata beliau di sidang media di Kota Iskandar pada Isnin (4 Mei).
Datuk Hasni berkata peruntukan ini juga dikenakan bagi semua yang tiba dari Sabah dan Sarawak, meskipun tiada penerbangan dari Timur Malaysia ke Johor.
Datuk Hasni berkata demikian sebagai respons kepada laporan di sebuah akhbar Bahasa Inggeris, yang menyatakan semua pendatang, kecuali diplomat, penduduk tetap dan pemegang pas ekspatriat yang bertugas dalam sektor penting, masih dilarang daripada memasuki Malaysia, meskipun peraturan yang dikenakan di bawah PKP dilonggar mulai Isnin.
Warga asing yang dikecualikan perlu menjalani kuarantin sendiri selama 14 hari setibanya di Malaysia.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg