Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koronavirus: Satu lagi kematian di Jepun

Mar 1, 2020 | 3:30 PM
Penduduk memakai pelitup dilihat di depan bangunan pejabat pemerintah Hokkaido di Sapporo, Hokkaido, pada 26 Februari.
Penduduk memakai pelitup dilihat di depan bangunan pejabat pemerintah Hokkaido di Sapporo, Hokkaido, pada 26 Februari. - Reuters

TOKYO - Seorang lelaki berusia dalam 70-an tahun telah mati di pulau Hokkaido, Jepun malam semalam (29 Februari) setelah disahkan positif dengan Covid-19, menurut pihak berkuasa.

Pemerintah perbandaran Hokkaido berkata pesakit itu dimasukkan ke hospital pada 17 Januari untuk penyakit lain tetapi menunjukkan simptom selsema beberapa minggu kemudian dan disahkan menghidapi koronavirus pada 25 Februari.

Stesen televisyen umum NHK dan media tempatan lain berkata pihak berkuasa mengesyaki lelaki itu mungkin menjangkiti koronavirus itu sementara dalam hospital.

Ini merupakan kematian keenam akibat Covid-19, di Jepun yang sudah melaporkan lebih 240 kes jangkitan. - REUTERS

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg