Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koronavirus: Saudi larang warga dan penduduk sendiri daripada mengerjakan umrah

Mar 4, 2020 | 10:10 PM
Di bawah undang-undang sementara itu, warga Saudi dan penduduk yang menetap di negara itu yang mahu melaksanakan umrah tidak akan dibenarkan masuk ke Makkah.
Di bawah undang-undang sementara itu, warga Saudi dan penduduk yang menetap di negara itu yang mahu melaksanakan umrah tidak akan dibenarkan masuk ke Makkah. - Reuters

Arab Saudi telah mengenakan larangan sementara ke atas warga dan penduduknya daripada melaksanakan umrah di Makkah bagi mengelakkan penyebaran koronavirus, menurut agensi berita negeri SPA.

Di bawah undang-undang sementara itu, warga Saudi dan penduduk yang menetap di negara itu yang mahu melaksanakan umrah tidak akan dibenarkan masuk ke tanah suci itu. Sementara itu, Kementerian Haji dan Umrah mengumumkan bahawa ia sedang berusaha membantu jemaah asing yang masih berada di dalam negara itu untuk kembali ke negara masing-masing. Minggu lalu, Arab Saudi menutup Makkah dan Madinah daripada kunjungan jemaah asing atas sebab koronavirus.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg