Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koronavirus: Tempoh inkubasi sehingga 24 hari, menurut kajian baru

Feb 11, 2020 | 9:30 AM
AMBIL SUHU: Pengawal keselamatan memeriksa suhu orang ramai di sekatan jalan raya di Guangzhou, China pada 10 Februari lalu.
AMBIL SUHU: Pengawal keselamatan memeriksa suhu orang ramai di sekatan jalan raya di Guangzhou, China pada 10 Februari lalu. - FOTO: EPA-EFE

WUHAN: Satu kajian baru berdasarkan data yang dikumpul daripadalebih 1,000 pesakit koronavirus di China mendapati bahawa tempoh inkubasi virus itu adalah selama 24 hari dan bukan 14 hari yang dipercayai sebelum ini.

Kurang separuh pesakit juga menunjukkan simptom demam apabila mereka mula berjumpa doktor.

Kajian itu, yang dihasilkan lebih 30 penyelidik daripada hospital China dan sekolah perubatan yang diketuai oleh Dr Zhong Nanshan, seorang ahli epidemiologi China yang menemui koronavirus Sars pada tahun 2003, menunjukkan bahawa masih banyak yang tidak diketahui mengenai virus bernama 2019-nCoV itu.

Kaedah pengesanan awal mungkin mempunyai kelemahan yang mungkin mengakibatkan sejumlah besar orang dijangkit yang tidak dikesan, menurut penyelidik.

Demam hanya berlaku dalam 43.8 peratus pesakit tetapi kemudian meningkat kepada 87.9 peratus berikutan kemasukan ke hospital, menurut kajian itu.

Ketiadaan demam dalam kes 2019-nCoV adalah lebih kerap berbanding jangkitan Sars dan Mers, menurut kajian itu lagi.

Pesakit sedemikian mungkin terlepas daripada dikesan jika definisi pengawasan kes memberi tumpuan kepada pengesanan demam, kata penulis. - Agensi

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg