Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koronavirus: Thailand akan isytihar dekri darurat sedang kes melonjak

Mar 24, 2020 | 9:02 PM
DEKRI DARURAT: Beberapa pekerja kesihatan dengan alat pelindung sedang menjalankan kerja pebasmian kuman di pasar Chatuchak, Bangkok pada 23 Mac 2020. Foto:AFP
DEKRI DARURAT: Beberapa pekerja kesihatan dengan alat pelindung sedang menjalankan kerja pebasmian kuman di pasar Chatuchak, Bangkok pada 23 Mac 2020. Foto:AFP -

BANGKOK: Thailand akan melaksanakan dekri darurat pada Khamis (26 Mac) bagi mengawal wabak koronavirus sedang negara itu menyaksikan jumlah kes jangkitan yang naik mendadak kepada 827 kes, kata Perdana Menteri Encik Prayut Chan-o-cha pada Selasa (24 Mac).

Dekri itu bakal membolehkan kerajaan Thailand melaksanakan perintah lain seperti perintah berkurung, sekatan pergerakan dan larangan atas pemindahan ke bandar lain juga, lapor The Straits Times (ST).

Tiada butiran lanjut telah diumumkan mengenai perintah baru itu.

"Perintah itu yang akan menggunakan semua undang-undang negara akan dilakukan oleh Perdana Menteri. Pusat Covid akan dipertingkat menjadi Pusat Kecemasan Covid," kata Encik Prayut sewaktu sidang media di Rumah Kerajaan setelah mesyuarat kabinet yang diadakan setiap minggu.

"Kami harap anda dapat bekerjasama supaya tidak pulang ke bandar asal masing-masing," tambahnya merujuk kepada tindakan ramai pekerja dari luar Bangkok yang telah pindah dari ibu kota itu setelah beberapa perniagaan tutup di situ dan lima wilayah negara Thailand diperintah untuk melarang pergerakan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg