Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Koronavirus: Uighur luar negara prihatin wabak menular di kem-kem di China

Feb 13, 2020 | 08:35 AM



PARIS : Anggota minoriti Uighur China yang kini berada di luar negara telah menyuarakan keprihatinan tentang risiko penularan koronavirus di kem-kem di China, yang menurut badan bukan pemerintah (NGO) menempatkan ratusan ribu anggota masyarakat tersebut.



Sejauh ini,  hanya 55 kes dilaporkan di wilayah timur laut Xinjiang, tempat tinggal ramai orang Uighur, yang beragama Islam dan bertutur dalam bahasa Turki.



Pesakit pertama yang pulih sepenuhnya di rantau itu telah keluar dari hospital, menurut media rasmi.



Lebih 1,100 orang telah meninggal dunia di China akibat wabak koronavirus walaupun kebanyakan kematian dan jangkitan berada di wilayah tengah Hubei, yang ibu kotanya, Wuhan, merupakan pusat wabak Covid-19.



Tetapi wakil-wakil diaspora Uighur meluahkan keprihatinan mereka mengenai penyebaran koronavirus yang boleh cepat merebak di kem-kem di China yang penuh kontroversi itu.



Virus ini merebak melalui titisan daripada bersin atau batuk. Dengan keadaan ramai orang yang dikumpulkan dalam kem tersebut, mungkin dengan kekurangan akses kepada sabun dan air, ini dibimbangkan boleh meningkatkan potensi wabak.



China dilaporkan mengumpulkan sekitar satu juta Uighur dan kebanyakannya etnik minoriti Islam dalam kem tahanan, menurut NGO dan pakar, dan tidak banyak yang diketahui tentang kem-kem itu.



Beijing berkata kem-kem ini merupakan "pusat latihan vokasional" yang diperlukan untuk memerangi keganasan.



"Orang ramai mula panik. Keluarga kami ada di sana, mengatasi kem dan virus, dan kami tidak tahu apakah mereka mempunyai cukup untuk makan atau jika mereka mempunyai pelitup," kata Dilnur Reyhan, ahli sosiologi Perancis berbangsa Uighur. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >