Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koronavirus: WHO tingkat penilaian risiko global ke tahap tertinggi

Feb 29, 2020 | 11:56 AM
Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus memberi perkembangan mengenai Covid-19 berkata dalam satu sidang media di Geneva.
Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus memberi perkembangan mengenai Covid-19 berkata dalam satu sidang media di Geneva. - AFP

GENEVA - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah meningkatkan penilaian risiko global bagi Covid-19 ke tahap tertinggi selepas wabak itu menular ke rantau Afrika dan menyebabkan pasaran kewangan menjunam.

Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata tahap risiko itu dinaikkan ke tahap "paling tinggi" kerana kes itu terus meningkat dan jumlah negara baru yang terjejas juga bertambah sejak beberapa hari ini.

Perkembangan terkini ini jelas menjadi keprihatinan, katanya kepada para wartawan di Geneva.

Tetapi tambah beliau:

"Kita masih ada peluang untuk mengawal virus ini jika langkah kukuh diambil bagi mengesan kes dengan awal, mengasingkan dan menjaga pesakit serta mengesan mereka yang berhubungan rapat."

Wabak virus itu telah merebak ke seluruh dunia sejak minggu lalu, di setiap rantau kecuali Antarctica sekaligus mendorong banyak pemerintah dan perniagaan mengelak orang ramai daripada berkumpul atau pergi ke tempat sesak.

Switzerland telah menjadi negara terkini mengumumkan langkah mendadak semalam dengan mengatakan semua acara yang mempunyai lebih 1,000 peserta akan digantung sehingga 15 Mac. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg