Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kos haji M'sia dijangka naik kepada lebih $9,700

Kenaikan hingga 50% dek Cukai Nilai Tambah lebih tinggi oleh Saudi, SOP baru susuli Covid-19
Nov 28, 2021 | 05:30 AM



KOTA BHARU (Kelantan): Kerajaan Malaysia menjangka kos mengerjakan haji meningkat kepada lebih RM30,000 ($9,705) seorang - hingga 50 peratus daripada kos RM23,000 sebelum ini.



Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary, berkata peningkatan itu disebabkan Cukai Nilai Tambah (VAT) yang diperkenalkan kerajaan Arab Saudi naik 15 peratus daripada 5 peratus sebelumnya.



Bagaimanapun, jumlah tepat yang akan diputuskan akan diketahui awal tahun hadapan sebelum dimaklumkan kepada bakal jemaah.



"Selain peningkatan VAT, kos turut meningkat disebabkan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang baharu susulan pandemik Covid-19.



"Sebagaimana kita tegaskan sebelum ini, Tabung Haji akan menanggung sebahagian daripada jumlah kos, namun kita belum putuskan berapa banyak yang akan ditanggung.



"Sebelum ini kos mengerjakan haji adalah RM23,000, namun kita hanya mengenakan RM9,980 kepada jemaah dan jumlah itu tidak pernah dinaikkan sejak 2001.



"Pada masa sama, kita juga berusaha untuk menyedarkan supaya bakal jemaah yang mampu dapat membayar penuh kos berkenaan," kata Datuk Ahmad Marzuk.



Beliau berkata demikian pada satu sidang media selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa satu kebakaran membabitkan 18 keluarga di Jalan Gajah Mati di sini semalam.



Dalam satu perkembangan lain, Datuk Ahmad Marzuk berkata kuota jemaah haji juga akan diketahui awal tahun depan.



Beliau berkata pihaknya akur dengan segala keputusan yang dibuat oleh kerajaan Arab Saudi mengenai apakah kuota sedia ada 30,000 jemaah Malaysia dikekalkan atau dikurangkan.



"Kita perlu terima apa sahaja kemungkinan disebabkan Covid-19. Namun, melihat pada situasi semasa penurunan kes Covid-19 di negara berkenaan, kita mengharapkan jumlah kuota itu dapat dikekalkan atau ditambah," katanya.



Sementara itu, kerajaan Arab Saudi menyatakan ia tidak mengeluarkan sebarang arahan yang mengehadkan ibadah umrah untuk jemaah berusia antara 18 hingga 50 tahun saja.



Mengesahkan hal itu, Ketua Pegawai Eksekutif TH Travel & Services Sdn Bhd (THTS), Datuk Ahmad Ruzman Ahmad Razali, berkata pihaknya sudah berhubung dengan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi yang kemudian menafikan dakwaan itu.



"Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengesahkan berita berhubung penetapan had umur bagi permit umrah itu tidak benar, malah pihak di sana terkejut dengan berita itu kerana dikhuatiri ia merisaukan bakal jemaah.



"Kami beri jaminan tiada arahan sedemikian daripada Arab Saudi dan proses mengerjakan umrah berjalan lancar seperti biasa.



"Jemaah umrah dari luar negara yang sihat, lengkap vaksinasi dan berumur 18 tahun ke atas dialu-alukan kerajaan Arab Saudi," katanya. - BHM.



BERITA




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >