Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kotak hitam pesawat tentera Filipina ditemui

Jul 07, 2021 | 05:30 AM



MANILA: Pihak berkuasa Filipina telah berjaya mendapatkan kotak hitam pesawat milik angkatan tentera Filipina (AFP) jenis C-130 yang terhempas pada hujung minggu lalu mengakibatkan lebih 50 orang terkorban.



Ini disahkan Panglima Tentera Cirilito Sobejana yang ditukil agensi berita Reuters semalam.



Panglima Cirilito dalam panggilan telefon itu berkata, juruterbang pesawat yang berpengalaman dalam menerbangkan pesawat C-130 merupakan diantara korban di pulau Jolo itu.



Jumlah korban dalam nahas pesawat tentera Filipina pada Ahad meningkat kepada 50 orang, sementara 49 yang lain cedera, lapor agensi berita Sputnik, menurut agensi berita ABS CBN memetik jurucakap Tentera Filipina.



Dalam pada itu, Presiden Filipina, Encik Rodrigo Duterte bergerak ke bandar Zamboanga kelmarin, melawat anggota tentera yang tercedera dalam nahas tersebut, ketika siasatan masih dijalankan terhadap insiden berkenaan.



Beliau melawat Hospital Besar Kem Navarro untuk menganugerahkan pingat kepada anggota tentera yang cedera, sebelum bergerak ke pejabat tentera laut di Mindanao Barat untuk mengurniakan pingat kepada anggota yang meninggal dunia akibat kejadian itu.



"Saya bercakap dengan mereka yang terselamat dan mereka berkata, pesawat melantun dua tiga kali dan terbang secara simpang-siur.



"Juruterbang cuba mendapatkan kembali keupayaan mengawal pesawat kerana ingin menaikkannya ke paras lebih tinggi tetapi dah terlewat. Sayap kanan terkena sebatang pokok," kata Panglima Cirilito.



Dalam satu sidang media kelmarin, jurucakap AFP, Mejar Jeneral Marin Edgard Arevalo, berkata insiden itu tidak akan menjejaskan usaha pasukan tentera untuk menumpaskan 'musuh negara' dan pasukan penyiasat sudah tiba di Sulu.



"Mereka sepatutnya tiba semalam (kelmarin), namun disebabkan ketiadaan pencahayaan di Sulu, pergerakan mereka ditangguhkan sehingga awal pagi ini (semalam)," katanya.



Pesawat malang itu membawa 96 anggota tentera, yang kebanyakannya anggota baharu yang sedia bersedia untuk dikerahkan ke dalam Divisyen Infantri Ke-11 di Jolo, Sulu, untuk melawat keganasan di kawasan itu. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >