Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kren terbalik tergantung di atas bangunan di Malaysia

Dec 06, 2016 | 12:23 PM



PETALING JAYA: Sebuah kren terbalik di tapak binaan Empire Bandar Damansara Perdana dan tergantung dalam keadaan berbahaya di sebuah bangunan sebelum jatuh ke bawah.



Tiada siapa cedera dalam kejadian itu.



Penolong Pengarah Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Encik Mohd Sani Harul, berkata ia berlaku pada Isnin (5 Dis) di sebuah tapak binaan di depan bangunan Lembaga Hasil Dalam Negeri di Empire Bandar Damansara Perdana.



Beliau berkata pihaknya menerima panggilan pada kira-kira 2 petang.



"Lima anggota dihantar ke tempat kejadian. Tiada siapa cedera dalam kejadian itu," katanya.



Terdahulu, imej sebuah kren terbalik di sebuah tapak binaan telah disiarkan di media sosial oleh seorang pemandu.



Imej tersebut menunjukkan kren tergantung terbalik dari bangunan itu. Ia muncul yang akan dikenakan pada bahagian belakang treler.



Pada 25 Ogos, Cik Joice Chin Khoon Sing, 24 tahun, terbunuh terkena cangkuk yang jatuh dari kren sedang beliau memandu di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur.



Pada 4 Nov, Encik Abd Rahim Abd Rahman, 51 tahun, dan isterinya, Cik Nurhayati Rosli, 46, dari Indonesia, meninggal dunia selepas penghentak cerucuk roboh dan menghempap kereta yang mereka naiki.



Satu lagi kemalangan tapak binaan maut berlaku pada 30 Nov apabila jambatan yang sedang dibina runtuh berhampiran pusat beli-belah Mid Valley Megamall.



Pihak berkuasa mengesahkan seorang warga Vietnam, Encik Tran Xuan Vang, 21 tahun, meninggal dunia dalam kemalangan itu, manakala lima orang cedera. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >