Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Krisis kebakaran di Australia: PM Australia kerah 3,000 askar kerahan lawan api

Jan 4, 2020 | 4:02 PM
KRISIS KEBAKARAN AUSTRALIA: Perdana Menteri Australia Scott Morrison berkata bencana kebakaran di negara itu sudah mencapai tahap tinggi yang belum pernah dicapai sebelum ini menerusi satu sidang media.
KRISIS KEBAKARAN AUSTRALIA: Perdana Menteri Australia Scott Morrison berkata bencana kebakaran di negara itu sudah mencapai tahap tinggi yang belum pernah dicapai sebelum ini menerusi satu sidang media. - Foto AFP

SYDNEY: Perdana Menteri Australia Scott Morrison telah mengerahkan 3,000 askar kerahan untuk melawan api sedang ancaman kebakaran di negara itu meningkat di sekurang-kurangnya tiga negeri hari ini (4 Jan), dengan dua lagi penduduk terkorban.

Sementara itu, angin kuat dan suhu yang tinggi pula diramal menyebabkan api merebak ke kawasan yang mempunyai lebih ramai penduduk termasuk kawasan dekat Sydney.

Menurut Encik Morrison, pihak berkuasa tempatan telah mengesahkan 23 kematian musim panas ini.

"Tempoh 24 tahun akan datang amat mencabar.

"Kebelakangan ini, lebih-lebih lagi minggu ini, bencana ini sudah mencapai tahap tinggi yang belum pernah dicapai sebelum ini," ujarnya menerusi satu sidang media.

Sementara itu, beliau turut mengesahkan bahawa lawatannya ke India dan Jepun bulan ini telah ditangguhkan.

Bulan lalu, beliau dikecam orang ramai selepas bercuti dengan keluarganya di Hawaii sementara krisis kebakaran itu melanda negaranya.

Encik Morrison juga berkata anggota kerahan briged askar telah dikerah untuk turun padang ke masyarakat yang terjejas dek kebakaran tersebut.

Menteri Pertahanan Linda Reynolds berkata ini kali pertama dalam sejarah Australia askar kerahan dikerah dengan cara itu. - AP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg