Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

ISU KEKURANGAN BEKALAN MAKANAN

Krisis makanan sejagat boleh cetus perang dagang

May 26, 2022 | 05:30 AM



DAVOS (Switzerland): Krisis makanan dunia yang meningkat telah mencetuskan langkah perlindungan oleh sebilangan negara yang berkemungkinan menambah masalah dan boleh membawa kepada perang perdagangan lebih meluas, kata pemimpin perniagaan dan penggubal dasar di Forum Ekonomi Sedunia (WEF).



Sebagai tanda peningkatan tekanan terhadap bekalan makanan dan kenaikan harga, India pula akan menyekat eksport gula buat kali pertama dalam tempoh enam tahun untuk mengelak lonjakan harga domestik.



Ini sedang Indonesia, pengeksport minyak sawit terbesar dunia, bakal menghapuskan subsidi ke atas minyak masak pukal dan menggantikannya dengan had harga bahan mentah bagi penapis tempatan.



"Ini adalah isu utama, dan terus terang saya fikirkan masalah itu lebih besar pada masa hadapan berbanding pada masa sebelum ini," kata Cik Gita Gopinath, timbalan pengarah urusan pertama Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), memberitahu Reuters mengenai kebimbangan keselamatan makanan yang semakin meningkat.



Isu dasar perlindungan semakin hangat dibincangkan di Davos, mendorong seruan agar diadakan rundingan segera untuk mengelak perang perdagangan yang besar.



"Adalah amat penting bagi pemimpin dunia duduk semeja dengan tenang dan bercakap tentang bagaimana kita akan menguruskan perdagangan dan makanan serta pelaburan," kata Encik Jay Collins, naib pengerusi perbankan, pasaran modal dan penasihat di Citigroup memberitahu Forum Pasaran Global Reuters di Davos.



Bagi penduduk di negara Afrika Sub-Sahara, misalnya, 40 peratus penggunaan mereka dibelanjakan bagi makanan, kata Cik Gopinath.



Selain "kesan besar terhadap kos sara hidup", kenaikan harga telah menimbulkan kejadian penyorokan oleh pemerintah.



"Kita mempunyai lebih 20 negara yang telah meletakkan sekatan ke atas eksport makanan dan baja, dan ini hanya menambah masalah dan memburukkan keadaan," katanya.



Pencerobohan Russia ke atas Ukraine telah membawa kepada kesan mendadak dalam krisis global yang memang sudah bermula.



"Kita hadapi krisis makanan yang luar biasa sebelum Ukraine, kos makanan, harga komoditi, kos penghantaran sudah meningkat dua kali, tiga kali, empat kali ganda," kata Encik David Beasley, Pengarah Eksekutif bagi Program Makanan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).



Bilangan penduduk dunia yang "menuju ke arah kelaparan" telah meningkat daripada 80 juta kepada 276 juta dalam tempoh empat hingga lima tahun lepas, kata Encik Beasley kepada Reuters.



"Untuk menyekat pelabuhan sedang musim menuai tiba di Ukraine pada Julai dan Ogos, ia bermakna satu pengisytiharan perang terhadap bekalan makanan global," katanya.



Banyak syarikat di Davos telah berbincang tentang cara mereka boleh bertindak untuk menangani krisis makanan, tambahnya.



"Pertanian perlu menjadi sebahagian penyelesaian kepada perubahan iklim dan perlu menangani keselamatan makanan," kata Erik Fyrwald, Ketua Pegawai Eksekutif Syngenta Group.



Encik Fyrwald berkata syarikatnya mempunyai ladang ujian yang menunjukkan bagaimana amalan pertanian seperti tidak membaja tanah dan menutup tanaman pada musim sejuk untuk mengelak hakisan tanah adalah lebih baik bagi tanah, keselamatan makanan dan perubahan iklim.



Satu lagi potensi penyelesaian bagi krisis makanan adalah menangani pembaziran, kata Encik Gilberto Tomazoni, Ketua Pegawai Eksekutif JBS SA, syarikat pemproses daging terbesar di dunia.



"Manusia berdepan dengan dua kecemasan besar pada masa yang sama, kita perlu menghadapi perubahan iklim dan kita perlu hasilkan lebih banyak untuk memberi makan kepada penduduk yang semakin meningkat," kata Encik Tomazoni.



"Dan cara kita hasilkan (makanan) hari ini adalah tidak mampan. Ini adalah cabaran besar kita. Sisa makanan, kita perlu menghadapi situasi ini," tambahnya.




"Adalah amat penting bagi pemimpin dunia duduk semeja dengan tenang dan bercakap tentang bagaimana kita akan menguruskan perdagangan dan makanan serta pelaburan."
- Encik Jay Collins, naib pengerusi perbankan, pasaran modal dan penasihat di Citigroup memberitahu Forum Pasaran Global Reuters di Davos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >