Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MESYUARAT MENTERI-MENTERI LUAR ASEAN DAN CHINA

Krisis Myanmar dapat tumpuan mesyuarat menteri Asean, China

Jun 09, 2021 | 05:30 AM



BEIJING: Krisis di Myanmar menjadi agenda utama di mesyuarat menteri-menteri luar Asean dan China yang berlangsung di bandar Chongqing, di barat daya China kelmarin, dengan sekurang-kurangnya tiga menteri menyuarakan keprihatinan mereka atas kelembapan proses damai.



Dalam mesyuarat pertama secara nyata sejak bermulanya wabak koronavirus, menteri luar Singapura, Indonesia dan Malaysia menerusi satu proksi, menzahirkan kekecewaan kerana Myanmar tidak menepati "lima teras perjanjian" yang dipersetujui dengan pemimpin Asean semasa sidang puncak khas dengan pemimpin junta, Encik Min Aung Hlaing.



Menteri Ehwal Luar yang dilantik junta tentera Myanmar, Encik Wunna Maung Lwin, hadir di mesyuarat kelmarin.



Antara isu-isu yang ditangani dalam mesyuarat itu, yang merupakan sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-30 Hubungan Dialog Asean-China, termasuk soal pembukaan semula sempadan sedang beberapa negara Asean lain menangani lonjakan dalam jangkitan Covid-19, dan ketegangan di Laut China Selatan.



Sementara itu, wakil Asean menggesa junta tentera Myanmar membebaskan semua tahanan politik sebelum memulakan rundingan bagi menamatkan krisis menyusuli rampasan kuasa 1 Februari lalu.



Perwakilan Asean menekankan lima teras perjanjian yang dimuktamadkan 10 negara anggota termasuk Myanmar, pada April lalu berhubung kesepakatan serantau bagi menamatkan kemelut di negara itu.



Junta Myanmar setakat ini menzahirkan komitmen terhadap perjanjian itu, antara lain kesediaan menamatkan keganasan yang terus memuncak di Myanmar selain mewujudkan dialog politik dan melantik duta khas serantau.



Duta Asean mengadakan pertemuan dengan ketua junta, Min Aung Hlaing, di ibu kota Myanmar, Naypyidaw, pada Jumaat lalu.



Badan serantau itu dalam satu kenyataan berkata, pertemuan tersebut bertujuan membincangkan pendekatan terbaik untuk Myanmar mencapai penyelesaian secara aman demi kepentingan rakyatnya, berpandukan lima teras perjanjian yang dikemukakan.



Katanya, gesaan turut dibuat supaya semua tahanan politik termasuk wanita, kanak-kanak dan warga asing, dibebaskan segera.



Meskipun gesaan sedemikian tidak menjadi sebahagian daripada kesepakatan yang dipersetujui Asean, kebanyakan negara anggota menyatakan persetujuan terhadap perkara terbabit.



Akhbar rasmi Global New Light of Myanmar melaporkan, mesyuarat meliputi pelaksanaan syor hasil penelitian asas dilakukan Asean dan tindakan keganasan didalangi seteru junta, selain rancangan tentera Myanmar untuk mengadakan pemilihan baru.



Junta tentera Myanmar sehingga kini gagal mengawal pergolakan di negara itu sejak rampasan kuasa, menyaksikan penahanan beberapa pemimpin utama, termasuk Cik Aung San Suu Kyi dan lebih 4,500 individu lain. - The Straits Times, agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >