Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Krisis Sri Lanka meruncing selepas perintah darurat dibatal

Sejak beberapa bulan lalu, ekonomi Sri Lanka kian suram dengan berlakunya kekurangan dana pemerintah, kadar inflasi tinggi dan pemotongan bekalan tenaga besar-besaran. Perkara itu kini telah menjejas politik pulau itu dengan penguasaan keluarga Rajapaksa, yang telah lama mempengaruhi politik negara itu, kian terjejas. Berita Harian melaporkan.
Apr 08, 2022 | 05:30 AM



COLOMBO: Presiden Sri Lanka, Encik Gotabaya Rajapaksa, membatalkan keadaan darurat lewat Isnin lalu selepas puluhan anggota parlimen (AP) keluar daripada pakatan pemerintah, menyebabkan pemerintah mempunyai kerusi minoriti di parlimen.



Ini sedang negara itu bergelut menangani bantahan besar di tengah-tengah krisis ekonomi terburuk negara itu dalam beberapa dekad.



Dalam satu lagi rintangan bagi pemerintah, Menteri Kewangan, Encik Ali Sabry, meletak jawatan hanya sehari selepas pelantikannya dan menjelang rundingan penting yang dijadualkan dengan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) bagi satu program pinjaman.



Presiden Rajapaksa membubarkan Kabinetnya Isnin lalu dan berusaha membentuk pemerintah perpaduan sedang bantahan orang ramai memuncak berhubung pengendalian keluarga Rajapaksa berkaitan ekonomi yang sarat dengan hutang sehingga menyebabkan kekurangan makanan dan bahan bakar serta pemotongan bekalan elektrik berpanjangan.



Sebuah pertubuhan doktor tempatan juga telah memaklumkan kepada pemerintah berlakunya kekurangan bekalan ubat, sekali gus boleh meruntuhkan sistem kesihatan.



Dalam satu warta yang dikeluarkan lewat Selasa, Presiden Rajapaksa membatalkan ordinan peraturan darurat yang berkuat kuasa Jumaat lalu.



Dari segi politik, langkah seterusnya termasuk pelantikan perdana menteri baru menggantikan abangnya, Encik Mahinda Rajapaksa, atau mengadakan pilihan raya awal parlimen yang asalnya dijadual pada 2025.



Sementara itu, Encik Sabry berkata, dalam surat peletakan jawatannya kepada presiden, beliau percaya dirinya telah "bertindak demi kepentingan terbaik negara".



"Pada saat genting ini negara memerlukan kemantapan untuk mengharungi krisis kewangan dan kesukaran semasa," katanya dalam satu surat yang dilihat Reuters, di samping turut menawarkan untuk meletak jawatan daripada kerusi Parlimennya jika presiden mahu membawa masuk seseorang dari luar untuk menggantikannya.



Bantahan jalanan menentang kekurangan makanan dan bahan bakar, yang dicetuskan oleh kekurangan pertukaran asing untuk import, bermula bulan lalu tetapi telah meningkat sejak beberapa hari lalu, dan dalam beberapa kejadian membawa kepada pertempuran antara penunjuk perasaan dengan polis.



Nama 41 AP yang meninggalkan gabungan itu telah diumumkan oleh pemimpin parti di Parlimen.



Mereka kini menjadi AP bebas, meninggalkan pemerintah Presiden Rajapaksa dengan kurang daripada 113 AP yang diperlukan untuk mengekalkan majoriti dalam dewan 225 anggota.



Belum ada pengiraan undi, walaupun pemerintah minoriti Presiden Rajapaksa mungkin mendapati membuat keputusan akan menjadi lebih mencabar.



AP bebas, bagaimanapun, boleh terus menyokong cadangan pemerintah dalam Parlimen.



"Terdapat kekurangan yang tidak berkesudahan barangan keperluan termasuk bahan bakar dan gas memasak.



"Hospital hampir ditutup kerana tiada ubat," kata Encik Maithripala Sirisena, pemimpin Parti Kebebasan Sri Lanka yang menarik balik sokongannya kepada gabungan Presiden Rajapaksa.



"Pada masa seperti ini, parti kami berpihak kepada rakyat."



Sementara itu, parti pembangkang - mencerminkan suasana bantahan meluas yang melanda negara dengan penduduk seramai 22 juta orang itu - menggesa dua beradik Rajapaksa agar berundur.



Sebelum ini, seorang keluarga mereka, Encik Basil Rajapaksa, meletak jawatan sebagai menteri kewangan.



Parti pembangkang juga telah menolak langkah membentuk pemerintah perpaduan yang terdiri daripada semua parti yang diwakili di Parlimen.



"Jika pemerintah kehilangan majoriti, pembangkang boleh membawa usul undi tidak yakin tetapi ada prosedur parlimen yang dijalankan terlebih dahulu dan tidak mungkin berlaku serta-merta," kata peguam, Encik Luwie Niranjan Ganeshanathan, yang pakar dalam isu Perlembagaan.



Jika undi tidak yakin diterima, maka presiden boleh melantik perdana menteri baru, katanya.



Pembangkang juga boleh memperkenalkan usul untuk membubarkan Parlimen dan menggesa pilihan raya awal diadakan, tambah Encik Ganeshanathan. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >