Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:20
Asar
4:35
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Krisis Ukraine satu manifestasi persaingan geopolitik lebih besar: Ng Eng Hen

Feb 20, 2022 | 04:50 PM



Krisis berhubung Ukraine adalah satu manifestasi persaingan geopolitik yang lebih besar, kata Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen.



Beliau menyifatkan keadaan tidak menentu itu sebagai satu krisis keselamatan yang terbesar di Eropah sejak Perang Dingin. 



“Insiden di Ukraine ini menekankan lagi satu pepatah lama Afrika iaitu ‘Apabila gajah berlawan, rumput yang merana,” ujar Dr Ng dalam ucapannya semasa Meja Bundar Pemimpin Muda yang ke-13 Munich mengenai Merancang Masa Depan Pasca Pandemik yang lebih saksama, di Munich, kelmarin. 



Dr Ng berada di Jerman untuk menghadiri Sidang Keselamatan Munich selama tiga hari yang berakhir semalam. 



Kebimbangan mengenai penjajahan Russia ke atas Ukraine telah memuncak selepas berbulan lamanya Moscow bertikam lidah dengan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) dan Amerika Syarikat. 



Sekitar 150,000 askar Russia telah dipindahkan ke berdekatan dengan sempadan Ukraine.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >