Kuasa besar dunia lahir kebimbangan; gesa India, Pakistan kawal keadaan
Premium
Kuasa besar dunia lahir kebimbangan; gesa India, Pakistan kawal keadaan
Mar 1, 2019 | 5:30 AM
KAWALAN KETENTERAAN: Kakitangan Angkatan Keselamatan Sempadan India di sepanjang sempadan India-Pakistan, pinggir Amritsar. Hubungan India dan Pakistan kian tegang sekali gus melahirkan keprihatinan berlakunya konflik melibatkan senjata nuklear antara kedua-duanya. - Foto AFP -
NEW DELHI/SRINAGAR: Tentera India dan Pakistan bertembakan sekejap di sempadan di Kashmir pagi semalam, sehari selepas dua kuasa nuklear itu menembak jatuh jet tempur satu sama lain, dengan Pakistan menangkap seorang juruterbang India.
Amerika Syarikat, China dan kuasa dunia lain menggesa kedua-dua negara supaya mengawal diri, sedang ketegangan semakin meningkat selepas serangan udara berikutan pengeboman bunuh diri militan yang membunuh sekurang-kurangnya 40 polis separa tentera di Kashmir bahagian India pada 14 Februari lalu.

