DUBAI: Penjelasan kerajaan Arab Saudi mengenai punca kematian wartawan Jamal Khashoggi di konsulatnya di Istanbul, Turkey telah menimbulkan lebih banyak keraguan sehingga kuasa-kuasa dunia menuntut jawapan yang munasabah dan keberadaan jasadnya.
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata beliau tidak berpuas hati dengan respons yang diberikan Arab Saudi mengenai kematian tersebut, sementara Kesatuan Eropah (EU), Germany, Perancis, Britain, Australia, Canada dan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) juga menuntut penjelasan yang lebih telus, lapor agensi berita AFP.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg