Premium
Kuasa dunia 'bersatu' akur akhiri konflik Syria
Feb 13, 2016 | 5:30 AM
PERDAMAIAN BAGI SYRIA: (Dari kiri) Menteri Luar Russia, Encik Sergei Lavrov; Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik John Kerry; dan wakil PBB bagi Syria, Encik Staffan de Mistura, menghadiri sidang akhbar di Munich semalam bagi mengumumkan usaha menamatkan konflik di Syria. - Foto REUTERS -
MUNICH: Kuasa dunia akhirnya "bersatu" bagi menamatkan konflik di Syria apabila mengetepikan sentimen permusuhan dan mahu mempercepat proses penghantaran bantuan kemanusiaan secara meluas.
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik John Kerry, berkata perbincangan yang melibatkan lebih 12 negara termasuk Russia mencapai persetujuan bahawa rundingan damai Syria perlu disambung semula di Geneva secepat mungkin.

