Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kuasa elektrik loji jana kuasa nuklear Zaporizhzhia dipulihkan

Oct 11, 2022 | 05:30 AM



ZAPORIZHZHIA (Ukraine): Kuasa elektrik telah dipulihkan kepada loji jana kuasa nuklear Zaporizhzhia pada malam kelmarin selepas pengeboman berulang di kawasan itu telah menyebabkan gangguan selama hampir dua hari, kata ketua badan pemerhati nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Rafael Mariano Grossi, dalam satu kenyataan.



Encik Grossi, pengarah urusan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), merancang melawat Russia awal minggu ini bagi satu perbincangan mengenai mewujudkan zon keselamatan di sekitar loji di selatan Ukraine itu, satu matlamat yang perlu dilaksanakan segera selepas beberapa siri serangan di kawasan itu minggu lalu.



Encik Grossi berada di Kyiv, ibu kota Ukraine, Khamis lalu untuk memulakan rundingan.



Pada awal Sabtu, serangan Russia menyebabkan loji itu kehilangan akses kepada bekalan kuasa luar, memaksanya bergantung pada penjana diesel untuk membekalkan peralatan keselamatan yang digunakan untuk menyejukkan reaktornya, menurut pegawai Ukraine.



Kementerian Pertahanan Russia menyalahkan tentera Ukraine atas serangan terbaru, sambil menyatakan dalam satu kenyataan bahawa roket pihak Ukraine telah meledak berhampiran zon loji itu dan menyebabkan bekalan kuasa terputus.



Encik Grossi berkata dalam kenyataannya bahawa telah berlaku serangan "hampir setiap hari sekarang" di sekitar loji itu, termasuk "tempat tinggal pekerja loji itu dan keluarga mereka".



Loji itu telah terputus daripada kuasa luar sekurang-kurangnya dua kali sebelum ini, dan ketersediaan bahan api untuk menggerakkan penjana kecemasan telah lama menjadi kebimbangan.



Walaupun dengan semua reaktor dihentikan seketika dalam apa yang dikenali sebagai "penutupan penyejukan", peralatan penting yang dikhaskan untuk menyejukkan batang-batang bahan api memerlukan sumber kuasa berterusan.



Setelah kuasa dipulihkan kelmarin, Encik Grossi berkata dalam satu catatan Twitter bahawa ia adalah "kelegaan sementara dalam satu keadaan yang masih tidak dapat dipertahankan".



Loji jana kuasa nuklear Zaporizhzhia, yang terbesar di Eropah, telah menjadi tempat pertempuran aktif sejak tentera Russia merampasnya pada Mac, menimbulkan kebimbangan tentang kemungkinan berlakunya kemalangan nuklear.



Tentera Russia mengawal loji itu, tetapi ia dikendalikan pekerja Ukraine.



Kremlin mengumumkan minggu lalu bahawa ia akan mengambil alih kawalan operasi loji itu, meningkatkan lagi faktor ketidakpastian.



IAEA menyatakan Khamis lalu bahawa ia tidak mengiktiraf tuntutan Russia terhadap loji itu. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >