Topik diikuti
Pergi ke BHkuKudeta di Turkey ditumpas
Kudeta di Turkey ditumpas
Presiden Erdrogan kekal berkuasa, ikrar 'bersihkan' angkatan tentera
Kudeta di Turkey ditumpas
MENYERAH DIRI: Polis melindungi seorang askar yang terlibat dalam kudeta daripada diserang orang ramai selepas dia dan rakan-rakan sekongkolnya menyerah diri di Jambatan Phosphorus di Istanbul semalam. - Foto REUTERS -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Jul 17, 2016 | 5:30 AM
ISTANBUL/ANKARA: Presiden Recep Tayyip Erdogan menekankan pemerintahnya akan mengembalikan kestabilan kepada Turkey secepat mungkin setelah berjaya menumpaskan percubaan kudeta puak tentera negara itu sambil berikrar mereka yang bertanggungjawab ke atas kudeta tersebut akan dihukum sekeras-kerasnya.
Berucap kepada penyokongnya, Encik Erdogan, yang tiba di lapangan terbang Istanbul beberapa jam selepas percubaan rampasan kuasa itu dilancarkan, berkata pemerintah beliau kini kembali berkuasa sepenuhnya.
