SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Kuku terpanjang di dunia di potong kali pertama selepas 66 tahun

Kuku terpanjang di dunia di potong kali pertama selepas 66 tahun

Jul 14, 2018 | 6:35 PM

Kuku terpanjang di dunia di potong kali pertama selepas 66 tahun

Encik Shridhar Chillal memaparkan kuku yang dipotong buat pertama kali selepas 66 tahun di muzium pameran Ripley's Believe it or Not di New York, pada 11 Julai 2018.
Encik Shridhar Chillal memaparkan kuku yang dipotong buat pertama kali selepas 66 tahun di muzium pameran Ripley's Believe it or Not di New York, pada 11 Julai 2018. - Foto: REUTERS

Seorang lelaki dari India akhirnya memotong kukunya buat kali pertama selepas memeliharanya selama 66 tahun.

Encik Shridhar Chillal, 82 tahun, yang memegang Rekod Dunia Guinness dengan kuku terpanjang, memotong kukunya dalam "upacara gunting kuku" di New York pada Rabu, lapor The Guardian.

Upacara itu diadakan di muzium Ripley's Believe It or Not! di Times Square.

Akhbar New York itu melaporkan bahawa Encik Chillal menjual kukunya kepada muzium itu.

Menurut laman web Guinness World Records, Encik Chillal pertama mula memelihara kukunya ketika berusia 14 tahun, pada 1952.

Dia terdorong berbuat demikian selepas merosakkan kuku panjang gurunya secara tidak sengaja.

Semasa diukur pada2015, panjang gabungan kuku di tangan kirinya mencapai 909.6cm. Kuku terpanjang di ibu jarinya ialah 197.8cm.

Encik Chillal memberitahu Guinness World Records pada 2015 bahawa kukunya sangat rapuh hingga perlukan penjagaan semasa beliau tidur.

"Saya tidak boleh banyak bergerak, jadi setiap lebih kurang setengah jam saya bangun dan mengalihkan tangan saya ke sisi lain," katanya.

Berat kuku itu telah membuat Encik Chillal tidak dapat membuka tangannya atau melenturkan jari-jarinya.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg