Premium
Kumpul wang untuk jadi sukarelawan di Africa Mercy
Aug 28, 2016 | 5:30 AM
TERHARU DENGAN SEMANGAT SI KECIL: Cik Catherine Lai (kiri) bersama Hasina, anak kecil yang tercedera di bahagian tangan kanan kerana kebakaran. - Foto MERCY SHIPS / DEBRA BELL -
CATHERINE Lai, jururawat dari Pulau Pinang, Malaysia, menjadi sukarelawan di Africa Mercy selama enam bulan ketika kapal hospital itu berada di Madagascar pada Oktober 2015.
Gadis berusia 23 tahun ini bekerja di unit pembedahan Hopital Adventist, Pulau Pinang, selama tiga tahun sebelum membuat keputusan menyahut keinginan menyumbang bakti di kapal hospital itu.

