Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

GEMPA DI LOMBAK

Kumpulan pelajar NUS alami gempa, namun semua selamat

Aug 01, 2018 | 05:30 AM



SEKUMPULAN pelajar Universiti Nasional Singapura (NUS) sedang menikmati matahari terbit di sebuah pantai di Lombok apabila tiba-tiba mereka merasakan bumi bergerak.



Mereka menyedari ia gempa bumi hanya apabila penduduk di situ memberitahu mereka supaya melarikan diri dari pantai itu.



Pemimpin pelajar, Encik Mohammad Azfar Saari, 23 tahun, memberitahu akhbar The New Paper semalam:



"Terdengar bunyi kuat yang bergema. Penduduk setempat berlari dan menasihatkan kami supaya lari ke kawasan jauh dari pantai kerana takut-takut tsunami berlaku."



Sekurang-kurangnya 16 orang, termasuk seorang pendaki gunung wanita Malaysia, terbunuh dalam gempa sekuat 6.4 pada skala Richther yang melanda pulau itu Ahad lalu.



Kumpulan 20 pelajar daripada Persatuan Islam NUS itu, tujuh lelaki dan 13 wanita, berada di Labuan Pandan di Lombok bagi satu program kemasyarakatan luar negara.



Encik Mohamad Tahar Jumaat, 50 tahun, yang sedang menguruskan mereka, berkata mereka bernasib baik kerana tiada seorang pun daripada mereka tercedera.



Beliau, yang berada dalam sebuah rumah ketika gempa itu melanda, memberitahu TNP:



"Gegaran berlaku tiba-tiba, dan rumah itu mula bergerak ke kiri dan kanan.



"Saya rasa ia berlaku lebih 10 saat. Apabila saya berlari keluar rumah bersama tuan rumah dan isteri saya, kami lihat tiang elektrik bergoyang."



Pengarah IUVA Global itu, fasilitator bagi lawatan tersebut, berkata para pelajar itu "agak terperanjat, tetapi sekarang mereka lebih tenang dan positif".



Seorang pelajar, Cik Nadiah Afiqah Ismail, 22 tahun, berkata:



"Ia sangat membingungkan. Saya tidak pernah alami gempa bumi jadi kami tidak tahu apa yang harus dilakukan.



"Sukar memahami apa yang sedang berlaku, jadi kami hanya melakukan apa yang diarahkan."



Program yang dijadualkan berlangsung dari 23 Julai hingga 5 Ogos itu telah dipendekkan.



Jurucakap NUS memberitahu TNP:



"Sebagai langkah berjaga-jaga, persiapan telah dibuat untuk pelajar itu pulang ke Singapura (semalam)".



"Kami berasa lega dan bersyukur kerana pelajar kami di Lombok semuanya selamat dan dalam keadaan baik."



Kumpulan itu bergerak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok malam kelmarin dan dijadual tiba di Singapura petang semalam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >