Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PERANG DI UKRAINE

Kumpulan penentang siber Ukraine sasar grid kuasa, kereta api Russia

Mar 03, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON: Sebuah kumpulan perang gerila siber Ukraine merancang melancarkan serangan sabotaj digital ke atas prasarana penting Russia, seperti landasan kereta api dan grid elektrik, bagi membalas tindakan pencerobohan Moscow.



Pegawai Kementerian Pertahanan Ukraine minggu lalu berjumpa seorang peniaga yang juga pakar keselamatan siber, Encik Yegor Aushev, bagi membantu sebuah unit penggodam melawan Russia.



Isnin lalu, Encik Aushev berkata beliau telah merancangkan serangan penggodaman yang boleh menjejas sebarang prasarana yang membantu membawa masuk tentera Russia dan senjata ke negaranya.



"(Harus lakukan) Apa sahaja yang boleh menghentikan peperangan ini," katanya.



"Matlamatnya ialah menghalang mereka membawa masuk senjata ke negara kami."



Encik Aushev berkata kumpulannya telah merosakkan belasan laman web pemerintah dan perbankan Russia, dan ada juga menggantikan gambar-gambar keganasan daripada peperangan itu.



Namun, beliau enggan memberikan secara terperinci kerana itu akan memudahkan kumpulannya dijejak oleh Russia.



Russia menyifatkan tindakannya ke atas Ukraine sebagai "operasi tentera khas" yang, menurutnya, bukan untuk menawan wilayah itu tetapi melumpuhkan keupayaan ketenteraan negara jirannya itu dan menangkap mereka yang dianggapnya sebagai nasionalis berbahaya.



Seorang atase pertahanan Ukraine di Washington enggan mengulas tentang kumpulan Encik Aushev atau hubungannya dengan kementerian pertahanan Ukraine.



Encik Aushev juga berkata kumpulannya sejauh ini sudah mempunyai lebih 1,000 rakyat Ukraine dan sukarelawan dari luar negara.



Kumpulana itu juga telah mengatur rancangan bersama pertubuhan aktivis penggodam di luar negara yang melakukan serangan ke atas sistem kereta api.



Apabila berita tentang pembentukan pasukan Encik Aushev tersebar, kumpulan penggodam seperti Partisan Siber di Belarus tampil secara sukarela untuk menyerang sistem keretapi Belarus kerana menurut mereka ia digunakan bagi mengangkut pasukan tentera Russia.



Partisan Siber juga telah melumpuhkan sistem lalu lintas dan laman pembelian tiketnya, menurut Berita Bloomberg Ahad lalu. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >